Orang cakap, the first few months in relationship tu paling indah. Aku dah rasa dari selama-lamanya perhubungan dari sesingkat-singkat perhubungan. Kita boleh berulang kali bercinta. Dari dengan orang itu hingga ke orang ini. Tapi mesti ada satu perhubungan, satu orang yang buat kau rasa. Yes, thats him. Itulah orangnya. dan masa itulah kau mula bina harapan. Kau mula rasa yakin perlahan-lahan. Kau mula bayangkan masa depan yang kau sendiri tak pasti sama seperti yang diatursiap oleh tuhan.
Aku pernah gagal dalam hubungan. Ranap dengan harapan. Teruk. Tak macam sebelum. Macam mana aku menagih jangan diperlantak aku. Aku tak boleh tanpa dia. Macam mana aku menangis merendah ego jangan dibiar aku. Macam mana aku membuang waras akal rela dijadi yang kedua atau mungkin entah dimana kedudukan aku di hati dia. Sedikit, walau sekelumit lansung aku tak dipandang. Dibuang. Dilumat segala apa yang ada.
Apa yang aku bayang indah selama ini, lenyap.
Kita taktahu siapa yang betul-betul sayang kita. sayang kita sebab memang sayang kita atau sebab lain. Manusia itu datang dan pergi, aku dah terbiasa. Tetapi yang satu ini seperti tak mahu aku lepas.
Tuhan, aku minta tuhan aku rayu.
Beritahu dia, aku ranap.