Jiwa dan hati

Letting go has never been easy. Never. Bila dalam sesuatu relationship tu mesti kita ada inherit something from our ex. Yang kita dah biasa kan diri kita masa kita dengan dia dulu. Yang kita nak buang kebiasaan tu sekarang. Gila tak susah. Kadang-kadang kita berperang dengan jiwa kita sendiri. Kan?

Kita tak nak ingat, kita tak nak buat. Kalau sistem otak kita macam komputer, dah lama kita delete permenantly. Buang terus. Tapi masalahnya otak kita ada fungsi kenangan. Dan kenangan tu memang selama-lamanya dekat situ. Bezanya masa. Kalau tu kenangan yang dah berhabuk mungkin lah sekali sekali kita ingat. Tapi kata kenangan, bukan untuk kita kenang-kenang kan?

Aku benci berperang dengan jiwa aku sendiri. Sebab jiwa aku selalu kalah dengan hati. Bila mana jiwa aku kata jangan sha, nanti yang merananya engkau. Tapi hati aku selalu mencelah. Tak mengapa sha, engkau tadah. Dan selalunya aku selalu menangkan hati. Kesian jiwa. Dia selalu kena ratah. Aku sendiri tak pernah kesian pada jiwa aku. Sedih.

Bila aku tengok langit dan hembus nafas. Aku mesti kata pada jiwa. Jiwa kau sha, jiwa kau. Gigih sha gigih. Tapi bila aku pandang realiti. Hati aku menang lagi. Aku tak boleh. Aku mesti kalah dengan hati aku.

Bila jiwa aku nak menang. Dia dah lama mendebu kosong.

Bajingan

Engkau kalau tak mahu memilih untuk beri aku bahagia kenapa engkau palit aku dengan derita. Hati kau ada apa bajingan?